Tuesday, June 28, 2022

PAS mahu pastikan Sarawak, Sabah, bukan Islam tidak terpinggir dalam kabinet Muhyiddin

Secara Rawak

PAS  mahu memastikan rakan gabungan dari Sabah dan Sarawak serta bukan Islam disertakan dalam pembentukan kabinet baharu Perdana Menteri Tan Sri  Muhyiddin Yassin.

“PAS konsisten mahu kabinet yang bersih, profesional. Kita berlaku adil dalam semua ini dan saya tak mahu lempar tuduhan orang itu tak boleh, orang ini tak boleh sebelum keputusan mahkamah,” katanya dalam sidang media di Rusila, Terengganu.

Kenyataan itu dibuat di sebalik wujud pertikaian sama ada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar dilantik sebagai menteri.

Berdasarkan jumlah kerusi, Zahid wajar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu selepas kejatuhan kerajaan PH pada 24 Februari lalu.

Kini difahamkan Muhyiddin sedang sibuk membuat percaturan anggota parlimen yang perlu dimasukkan dalam kabinetnya.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung melalui beberapa saluran televisyen pada malam Isnin, Presiden Bersatu itu berjanji untuk membentuk kabinet yang bersih dan berintegriti.

“Mengikut kehakiman Islam, kehakiman barat, orang yang dituduh belum terbukti bersalah selagi mahkamah tak jatuhkan hukuman bersalah,” kata Abdul Hadi lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Lim Guan Eng telah dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan PH meskipun beliau berdepan kes mahkamah.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan langkah pemimpin PH untuk mengemukakan usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Rakyat 18 Mei nanti berhubung pelantikan Muhyiddin Yassin  sebagai Perdana Menteri sebagai tidak percaya kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru