KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad berjaya memulihkan prestasi keseluruhan pada 2019 dengan mencatatkan keuntungan operasi tertinggi dalam sejarahnya.

Menurut Khazanah, prestasi baik ini disumbang hasil pelupusan yang lebih tinggi dan rosot nilai lebih rendah seperti dipetik oleh Astro Awani

Ia turut disumbang pulangan portfolio lebih mantap.

Khazanah mencatatkan keuntungan operasi RM7.36 bilion.
Ini berbanding kerugian operasi lebih RM6 bilion pada 2018.

Dalam masa yang sama, Khazanah mengumumkan dividen RM1.0 bilion untuk 2019.