Friday, August 19, 2022

Jawatan PM secara moralnya patut diberi kepada PH – Fahmi Fadzil

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) percaya pihaknya memiliki kelebihan moral untuk mengekalkan kedudukan Perdana Menteri dalam kerajaan.

Ini kerana, menurut Ketua Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, PH telah mendapat mandat dari rakyat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu seperti dipetik Astro Awani.

“Saya percaya secara moralnya, kami (PH) telah mendapat mandat, dan ia telah dicuri daripada kami oleh sekumpulan orang yang mempunyai agenda lain,” kata beliau dalam sesi temu bual program Consider This di Astro AWANI malam tadi.

Namun menurut Astro Awani, ini tidak bermakna PH tidak menghormati keputusan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong dalam memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Kami yakin dan percaya, ketika ini, PH memiliki kelebihan dari segi sokongan dari Ahli Parlimen,” tambahnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru