SARIKEI: Sentiasa fokus ketika guru mengajar. Itu formula kejayaan pelajar SMK St Anthony, Kenny Chan Jie Huie yang cemerlang 7A dalam STPM yang diumumkan semalam.

Kenny berkata, tumpuan sepenuhnya amat penting supaya ilmu yang disampaikan guru boleh difahami dengan mudah. “Jangan tidur di dalam kelas kerana setiap subjek itu penting.

Sebagai pelajar, kita perlu menghormati guru dan displin itu amat penting,” katanya kepada. Kenny yang bercita-cita menjadi jurutera berkata, kejayaan itu juga hasil kesungguhannya mengulang kaji pelajaran di rumah.

Malah katanya, bagi memastikan tidak ketinggalan, dia sentiasa mematuhi jadual dan mengelak belajar pada saat akhir. “Persiapan awal membolehkan kita menjawab soalan dengan tenang.

“Kita juga perlu lebih bersemangat untuk melakukan pecutan dalam peperiksaan sebenar,” tambahnya.

Sementara itu, Pengetua SMK St Anthony Vincent Liong Shou Chuan berkata, beliau bangga dengan prestasi pelajar berkenaan. “Ini adalah bukti kerjasama semua pihak terutama pelajar, guru dan ibu bapa. “Pendidik memberikan komitmen mantap dalam satu pasukan,” ujarnya.