Saat Malaysia menghadapi krisis politik di saat ini, rakyat Malaysia juga mengambil kesempatan bagi membicara topik yang hangat pada masa ini.

Wartawan Sarawakvoice sempat meninjau lokasi-lokasi di Bandar Sibu meninjau dan mendengar sendiri apa yang berlaku di akar umbi.

Setibanya di kedai kopi, tidak kira Melayu, Melanau, Cina, Iban , dan pelbagai etnik di Sarawak turut membicara dan mengambil isu politik semasa.

Wartawan Sarawakvoice sempat memasang telinga bagi mengetahui apa topik yang dibicarakan dan sudah tentu saya pasti inilah pilihan mereka bagi menyokong Ahli Politik ini sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang kelapan setelah pelbagai komen yang positif diberikan kepada Ahli Politik yang megah masyur namanya.

Namun, ada juga yang menyatakan kerisauan terhadap keadaan politik semasa dan mengesyorkan Pilihan Raya Umum diadakan semula. Sudah tentu, mereka inginkan keadaan politik yang stabil, dan apabila keadaan politik stabil, sudah tentu membawa keadaan ekonomi yang bagus.

Ada juga yang menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Sudah tentu, selaku Ahli Politik yang berpengalaman, mereka percaya Tun Mahathir yang berfikiran jauh akan membawa keadaan rakyat Malaysia bertambah baik.

Apa-apapun, hari ini Yang Di-Pertuan Agong , Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah akan menemubual baki Ahli Parlimen setelah menemubual 90 orang Ahli Parlimen semalam.

Penulis percaya, Yang Di-Pertuan Agong akan membuat keputusan yang terbaik bagi rakyat Malaysia dan memastikan Malaysia dalam keadaan aman dan sejahtera.

Sekiranya pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik, ia merupakan kuasa Yang Di-Pertuan Agong , seperti yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan Perkara 55(2) dimana Yang di-Pertuan Agong boleh memprogog atau membubarkan Parlimen.

Diharap hari ini dapat menemui jalan terbaik bagi menyelesai konflik politik yang berlaku.