Monday, June 27, 2022

Isu Penyelaras Parlimen dibincang semula

Secara Rawak

KUCHING: Pelantikan Penyelaras Parlimen akan dibincangkan semula dalam mesyuarat Majlis Presiden yang akan datang, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Larry Sng.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa Majlis Presiden memutuskan untuk membatalkan pelantikan 19 Penyelaras Parlimen ekoran daripada senarai nama yang telah diumumkan.

“Pengumuman Pelantikan Penyelaras Parlimen tepat pada masanya supaya wakil PH dapat membantu dan mempercepatkan pembangunan di kawasan yang dipegang oleh pembangkang di Sarawak.

“Majoriti kawasan mereka adalah kawasan luar bandar yang telah mengalami pembangunan kecil di bawah BN sebelum ini,” katanya semalam.

Tambahnya, untuk memastikan kerja berjalan lancar mereka memerlukan kerjasama dan input daripada semua ahli parti seperti DAP, Amanah dan Bersatu.

“Ia juga termasuk semua pemimpin dalam PKR, malangnya ia kurang sebelum pengumumnan itu dibuat,” tegasnya.

Terdahulu, Majlis Presiden PH pada mesyuarat malam kelmarin membatalkan senarai 19 Penyelaras Parlimen yang dilantik di negeri ini selepas kurang 24 jam watikah pelantikan diberikan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru