SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata pada tahun ini kerajaan telah memperluaskan Skim Perlindungan Nasional atau MySalam kepada M40 setelah 4.3 juta daripada golongan B40 mendapat manfaatnya.

Oscar berkata , “pada tahun lepas , kerajaan telah lancarkan MySalam untuk golongan B40. Tetapi, golongan M40 , tidak layak mendapat manfaat program MySalam ini.”

“Tetapi , pada tahun ini, kerajaan telah memperluaskan dasar MySalam ini kepada golongan M40 , dan dari 18 tahun hingga 65 tahun dan pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun, layak mendapat manfaat MySalam ini,” jelasnya sewaktu berucap pada program Taklimat Program E Tunai Rakyat bersama Boost di Rumah Catherine Tamoh.

Katanya, “anda semua boleh mendaftar di Laman Sesawang MySalam untuk mendaftar atau pergi ke Pusat Khidmat saya , kita akan tolong daftarkan untuk anda agar anda dapat mendapat manfaat daripada program Mysalam ini.”

“Kerajaan telah berunding dengan syarikat insurans dan syarikat insurans bersetuju memperuntukkan dana sebanyak RM2 billion bagi membantu golongan B40 dan M40 mendapatkan insurans,” jelasnya.

Ujar Oscar, ” Kebaikan MySalam ialah jika anda menghidap salah satu penyakit daripada 45 penyakit yang disenaraikan, anda layak mendapat pampasan sebanyak RM4000 dan jika anda dimasukkan ke hospital dan tidak dapat bekerja , melalui MySalam , kerajaan berikan RM50 sehari bagi menggantikan bayaran disebabkan anda tidak boleh bekerja dan tempoh maksimum sebanyak dua minggu bersamaan jumlah RM700.

“Ini pertama kali dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan tidak pernah berlaku pada zaman kerajaan terdahulu, dan dengan kebijaksanaan kerajaan menguruskan kewangan negara, kita ada duit yang lebih, maka duit yang lebih itu digunakan untuk membantu rakyat,” jelasnya.

MySalam merupakan salah satu dasar kerajaan bagi memberikan perlindungan kesihatan percuma kepada rakyat.