SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata Program E Tunai sebanyak RM30 membantu rangsangkan ekonomi Malaysia secara khususnya setelah berlakunya wabak Covid-19 yang telah melanda dunia sekarang ini.

Jelasnya , ” Tahun ini wabak Covid-19 telah melanda dunia setelah berlaku di China dan Malaysia juga turut terbabit setelah wabak itu merebak ke hampir ke seluruh dunia. Dengan merebaknya wabak Covid-19 ini, ia telah menyebabkan ekonomi dunia terjejas dan sekaligus menjejaskan ekonomi Malaysia.”

“Jadi , merangsangkan ekonomi Malaysia, kita telah ada pakej stimulus bagi merangsangkan ekonomi Malaysia, dan program E-Tunai Rakyat ini merupakan salah satu cara untuk merangsangkan kembali ekonomi kita ,dan rakyat boleh menebuskan RM30 ini bermula sekarang dan menggunakannya sebelum 14 Mac ini,” ujarnya sewaktu berucap di Program Taklimat E Tunai bersama Boost di Rumah Catherine Tamoh semalam.

Dalam ucapannya juga, “Program E Tunai Rakyat ini juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan rakyat kita menggunakan e Dompet , jika kita mengambil contoh China, kebanyakan mereka sudah beralih kepada E Dompet, dan ini merupakan cara terbaik untuk masa akan datang.”

“Pada masa akan datang, jika semua rakyat menggunakan e-dompet, kerajaan boleh menyalurkan bantuan-bantuan kerajaan ke dalam e-dompet sahaja, contohnya pembayaran Bantuan Sara Hidup(BSH) mungkin dibayar melalui e-dompet sahaja dan tidak perlulah anda semua pergi ke kaunter bank atau Mesin ATM untuk mengambil wang,” jelas Oscar.

“Ada tiga pembekal e- dompet telah dipilih oleh kerajaan bagi menjayakan program ini iaitu Touch and Go , Boost dan Grabpay. Untuk menggalakkan rakyat kita menggunakan e-dompet , pada Januari hingga Mac ini , rakyat Malaysia yang layak iaitu berumur 18 tahun keatas dan pendapatan kurang daripada RM100,000 boleh tuntut e-tunai rakyat dan sekaligus membantu meringankan beban mereka dalam kehidupan mereka, ” ujarnya.

Program E-Tunai Rakyat yang diumumkan Menteri Kewangan , Lim Guan Eng pada Belanjawan 2020 yang lalu telah boleh ditebus pada 15 Januari dan berakhir pada 14 Mac ini.