Thursday, May 26, 2022

Berikan Tun Mahathir kebebasan tadbir negara – Anwar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberikan kebebasan untuk mentadbir negara, dan beliau (Tun Mahathir) tidak harus diberikan tekanan berhubung peralihan kuasa (Perdana Menteri).

Memetik Bernama, Anwar menjelaskan kepada media selepas di luar Simposium ‘The Construct of a Nation: As I See It’ anjuran Universiti HELP di Kuala Lumpur, tiada sebab untuknya mempersoalkan Tun Mahathir.

Buat masa sekarang jelasnya, negara sepatutnya fokus kepada situasi ekonomi ataupun penularan wabak Covid-19.

Pada masa sama beliau memberitahu terbuka jika Tun Mahathir ingin kekal dalam kabinet meskipun selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Menyerahkan perkara itu kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan, Presiden PKR itu terbuka kepada idea itu kerana akan memberikan manfaat besar kepada negara – menyumbang ke arah kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.

Seterusnya membantu peralihan kuasa lebih aman, jelasnya.

Tun Mahathir sebelum ini menyatakan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hujung tahun ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru