Tuesday, September 27, 2022

Nikmati perlindungan kesihatan, rakyat diseru manfaatkan faedah daripada skim MySalam

Secara Rawak

SIBU: Skim Perlindungan Nasional B40 atau MySalam yang menawarkan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2019 yang lalu.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata , “kerajaan telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM2 bilion, sebagai bantuan kepada golongan berkenaan menghadapi cabaran yang timbul daripada masalah menghidap penyakit kritikal dan menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah mereka.”

“Skim ini menyediakan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima yang layak untuk 36 jenis penyakit kritikal dan mereka akan mendapat bayaran sehingga had RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh yang akan diumumkan, dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 pada Oktober lalu, telah mengumumkan skim berkenaan diperluaskan mulai 1 Januari 2020 kepada tiga kategori antaranya ke atas 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit pada sebelumnya. Dengan perluasan skim itu akan memberi manfaat kepada kira-kira lima juta rakyat yang layak. “ jelasnya .

Ujarnya , “Skim ini merupakan satu langkah penting diambil kerajaan untuk menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan insurans dan takaful kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah secara percuma. Dengan saiz dana sebanyak RM2 bilion sebagai permulaan, skim ini dijangka akan menawarkan perlindungan perubatan selama lima tahun untuk kumpulan sasaran.”

“Selepas kira-kira 4.3 juta rakyat daripada golongan B40 mendapat manfaatnya. Kerajaan juga telah memperluaskan Skim mySalam kepada golongan M40. Golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40) berumur antara 18 hingga 65 tahun kini boleh mendaftar skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) bermula 11 Feburari 2020 hingga 31 Mac 2020,” jelasnya dalam satu kenyataan .

“Skim mySalam menawarkan perlindungan kesihatan secara percuma kepada penerima B40 yang layak untuk 36 penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan memberi bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan hospital untuk tempoh maksimum 14 hari setiap tahun pada kadar RM50 sehari atau bersamaan RM700 setahun.

Perlindungan takaful Skim mySalam meliputi 45 jenis penyakit kritikal dan kemasukan hospital hingga 14 hari setahun termasuk pesakit Covid-19 yang akan menerima manfaat hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari selepas kerajaan memperluaskan skim mySalam juga termasuk memperluas skim mySalam menerusi peningkatan had umur daripada 55 kepada 65 tahun untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangan mereka, “ katanya.

Jelas Oscar, “Tuntutan penyakit kritikal bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah sebanyak RM8,000 dan akan diberikan secara “one off” manakala bagi golongan M40 atau bukan penerima BSH, mereka akan menerima faedah penyakit kritikal sebanyak RM4,000 secara “one off”.

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan untuk pengesahan kelayakan. Permohonan bagi MySalam boleh dilakukan secara atas talian di :https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=main_BM .

“Saya menyeru agar penduduk Sibu secara khususnya kepada penduduk luar bandar agar mendaftar skim ini bagi menikmati inisiatif yang disediakan kerajaan bagi menubuhkan jaringan keselamatan sosial dalam aspek perlindungan insurans dan takaful kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) secara percuma ,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru