Thursday, June 30, 2022

Pelan progresif struktur semula perkhidmatan bas awam

Secara Rawak

KUCHING: Selepas melapor diri setelah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak yang baharu, Wong King Wei berkata, kesukaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan bas awam menyukarkan orang awam bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Untuk itu, Adun Padungan itu menyatakan masalah itu perlu ditangani dengan cekap dan memerlukan pelan progresif dalam penstrukturan perkhidmatan pengangkutan bas awam di negeri ini.

LPKP jelasnya bertanggungjawab untuk memastikan penyediaan perkhidmatan bas awam tidak fokus kepada laluan yang menguntungkan semata-mata, sebaliknya membina rangkaian bas yang betul.

Bercakap kepada media selepas Taklimat Organisasi di Ibu Pejabat LPKP di Bangunan Sultan Iskandar hari ini, King Wei berkata, sebanyak 49,991 lesen kenderaan awam komersial dan 227 lesen perkidmatan bas henti-henti telah dikeluarkan di negeri ini.

Jelasnya, LPKP perlu mengetahui laluan yang disediakan oleh perkhidmatan bas awam sebelum mengeluarkan lesen.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru