Tuesday, August 16, 2022

Kehilangan MH370: Kenyataan Tony Abbot tidak bertanggungjawab

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika memangku jawatan Menteri Pengangkutan menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri Australia Tony Abbot bahawa pemimpin Kerajaan Malaysia ada memaklumkan Kerajaan Australia tentang kehilangan pesawat MH370 disebabkan misi bunuh diri juruterbangnya.

Memetik Umno Online, Hishammuddin menjelaskan, kenyataan Tony Abbot itu beliau sifatkan sebagai tidak sensitif dan tidak bertanggungjawab, malah boleh menjejaskan siasatan.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 iaitu selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu gagal dikesan selepas 40 minit selepas berlepas ketika berada di Laut China Selatan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, ketika insiden beliau tidak pernah menerima laporan jawapan konklusif yang menyebabkan kehilangan pesawat itu.

Katanya, tidak adil kepada keluarga penumpang pesawat MH370 jika mengulas perkara yang tidak sah.

Kerajaan Malaysia ketika itu jelasnya lagi, memandang serius setiap petunjuk dan sebarang kemungkinan tentang kehilangan pesawat itu termasuk teori dan spekulasi.

Sehubungan itu, beliau mahukan man-mana pihak tampil membantu pihak berkuasa jika mempunyai maklumat relevan tentang insiden tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru