KUCHING: Melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020, cadangan untuk membina baru tandas awam di Kampung Telok Serabang dan naik taraf jeti di Kampung Pugu (Eko Pelancongan) akan diadakan.

Bina baru tandas awam Kampung Telok Serabang dalam cadangan RTP 2020 dengan kos RM 100,000 dan naiktaraf jeti Kampung Pugu dengan kos RM600,000 daripada RTP 2019 sudah dalam proses cabutan undi.

Menurut ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu, ianya akan memudahkan pelancong yang datang mengunjungi Telok Serabang dan Pugu bila kemudahan semua disediakan.

Ini selari dengan visi untuk menjadikan Lundu sebagai Bandar Pantai Semulajadi (Towards Making Lundu Natural Beach City).