KUALA LUMPUR: Pemeriksaan terhadap 160 premis pemborong, pengedar dan peruncit menemui 434,742 paket produk Energy Candy mengandungi racun berjadual yang yang dianggarkan bernilai RM131,340.70.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia seperti dipetik dalam Bernama dirampas bagi memastikan produk ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy tidak dijual di pasaran.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdulah dalam kenyataannya, semalam.

Noor Hisham dipetik berkata, arahan penjualan itu juga dikeluarkan kepada peniada dalam talian semua platform e-dagang.

Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan sesiapa yang menyimpan produk-produk tersebut agar mengentikan serta penjualan termasuk melalui dalam talian.

Jika disabitkan kesalahanan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Noor Hisham sebelum ini dalam kenyataannya juga mengesahkan produk Energy Candy mengandungi bahan terlarang iaitu racun berjadual ‘tadalafil’, iaitu ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit mengalami masalah erectile dysfunction (mati pucuk) dan hanya boleh diberi kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar.

Penggunaan tadalafil tanpa pengawasan jelasnya boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya selain kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

Jika ada sebaranh kemusykilan hubungi Pejabat Daeran Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.