KUCHING: Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (Petros) bakal mengeluarkan gas silindernya sendiri tidak lama lagi selepas menjadi entiti tunggal membekal, menjual dan menghantar gas domestik ke kediaman, premis perniagaan dan industri di negeri ini.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg sambil mendedahkan gas silinder Petros akan menggunakan kombinasi warna putih, hitam dan merah.

Kali ini tidak ada lagi warna hijau. “Warna putih, hitam dan merah kerana ia adalah warna Petros beserta logonya,” “Kali ini tidak ada lagi warna hijau (tong gas). Warna putih, hitam dan merah kerana ia adalah warna Petros beserta logonya.”

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Program ‘Sarawak Kita Empun’ Di Kuching Pada Ahad.

Ketua Menteri menambh, harga bagi gas silinder itu masih belum ditetapkan namun akan memastikan ianya mengikut harga pasaran yang berpatutan.