KUCHING: Walaupun sibuk menangani wabak Covid-19, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas tetap memandang serius wabak rabies.

Menurutnya, Kerajaan Negeri kini sedang menunggu pemakluman daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menggunakan umpan vaksin makanan bagi memerangi rabies di negeri ini.

Kerajaan Negeri juga jelasnya menyambut baik cadangan tersebut walaupun masih dalam tempoh percubaan.

Berkata pada Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Eksklusif Ikan Tilapia antara Borneo Eco Fish Sdn Bhd dan Sugarbun di Wisma Sugarbun di Kuching hari ini beliau menjelaskan, pengeluaran dalam kuantiti yang banyak akan dilaksanakan jika percubaan vaksin dalam makanan berjaya.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih menunggu Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pembekalan umpan vaksin makanan itu.

Dalam perkembangan lai Uggah menyatakab jumlah kes rabies di Sarawak menunjukkan pengurangan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizar ada menyatakan bahawa jabatan itu merancang mengetengahkan strategi baharu (umpan makanan) dalam memberikan suntikan antirabies kepada anjing terbiar.

Katanya, umpan makanan yang dicampurkan dengan vaksin akan diletakkan di kawasan banyak anjing terbiar.