MIRI: Setakat 16 Februari, tiada kes disahkan positif Covid-19 di Hospital Miri, lapor Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Pengarahnya Dr Chin Zin Hing berkata, hospital itu menerima 16 kes pesakit di bawah siasatan (PUI) bagi jangkitan wabak Covid-19.

Jumlah itu jelasnya, melibatkan 14 warganegara Malaysia dan masing-masing seorang warga China dan Kanada.

Daripada jumlah itu, 14 kes PUI didapati negatif ujian makmal manakala dua lagi masih menunggu keputusan, tambahnya.

Katanya lagi, 10 orang di bawah siasatan (PUI) pula dibenarkan pulang apabila didapati sihat dan ujian makmal kali kedua juga didapati negatif, katanya dalam satu kenyataan semalam.