KABONG: Seorang remaja lelaki dicekup polis berhubung beberapa kes kecurian di sini pagi tadi.

Remaja berkenaan ditangkap polis di kediamannya kira-kira jam 11 pagi tadi.

Remaja berusia 16 tahun itu merupakan
penduduk tempatan di sini. Remaja berkenaan juga dikenalpasti mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah.

Ketika disoal siasat polis dia (suspek) mengaku telah melakukan perbuatan mencuri wang tabung Masjid Assabirin Kabong yang dilaporkan dipecah pencuri pada16 Februari lalu.

Suspek turut mengaku telah mencuri sarang burung walet di beberapa rumah burung di sini.

Memandangkan suspek pesalah juvana dia kini ditahan sementara di lokap Balai Polis Kabong untuk siasatan dan tindakan lanjut.