KUCHING: Kestabilan politik di Sarawak membolehkan kerajaan negeri melaksanakan pelbagai dasar pembangunan untuk membangunkan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Johari Tun Openg berkata ianya dicapai kerana kestabilan politik di Sarawak di bawah kepimpinan kerajaan negeri masa ini.

“Kestabilan politik yang ada di Sarawak ada hasil kesepakatan antara rakyat di negeri ini,” katanya berucap semasa majlis perasmian Program ‘Sarawak Kita Empun’ di Kuching pada Ahad.

Sehubungan itu, Ketua Menteri menyeru semua rakyat terus bersatu  agar semua hak-hak Sarawak dapat dikembalikan.

Jelas beliau, banyak lagi keistimewaan akan dinikmati rakyat Sarawak jika kerajaan negeri sedia ada terus mentadbir negeri ini.