KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak kesal dengan kejadian pencerobohan serta kecurian yang berlaku di Stesen Pam Penggalak Sampadi di Lundu.

JBALB dalam satu kenyataan media hari ini berkata, kejadian tersebut telah memberi kesan dan menjejaskan operasi serta perancangan yang berkaitan dengan projek bekalan air di kawasan berkenaan.

Tambah JBALB, Laporan polis telah dibuat oleh JBALB Bahagian Kuching pada 16 Februari (Ahad) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dengan kejadian tersebut.

Pihak JBALB juga komited dan bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis agar pelaku-pelaku ini dibawa ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, JBALB Sarawak menyeru dan memohon kerjasama dari orang awam untuk membuat laporan polis berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan atau berhubung terus dengan JBALB sekiranya terdapat salah laku vandalisme terhadap aset-aset milik JBALB di talian seperti berikut:

1. JBALB Bahagian Kuching : 082-203498
2. JBALB Bahagian Samarahan : 082-672838
3. JBALB Bahagian Serian : 082-875319
4. JBALB Bahagian Sri Aman : 083-323240
5. JBALB Bahagian Betong : 083-472314
6. JBALB Bahagian Sarikei : 084-657990
7. JBALB Bahagian Sibu : 084-259100
8. JBALB Bahagian Kapit : 084-796135
9. JBALB Bahagian Mukah : 084-871667
10. JBALB Bahagian Bintulu : 086-344544
11. JBALB Bahagian Miri : 085-442204
12. JBALB Bahagian Limbang : 085-283612