SERIAN: Kejadian tanah runtuh susuan hujan lebat berdekatan Kampung Pichin malam semalam memaksa penutupan laluan utama menuju Kampung Tubih Behem.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak menjelaskan, lapan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk pemantauan setelah menerima laporan kejadian itu sekitar jam 7.57 malam.

Menurutnya, pihaknya turut menerima laporan tentang kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan pokok tumbang di Bukit Paren Binong.

Disebabkan laluan ke Kampung Tubih Behen tidak dapat dilalui, bomba bertindak memotong besi serta mengalihkan pokok tumbang dihanyut banjir kilat.

Kerja-kerja pembersihan tanah serta lumpur kemudian diambil oleh Jabatan Kerja Raya, dan jalan dapat digunakan semula sekitar jam 1 petang tadi.