KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan kabinet Sarawak bagi membantu China menangani wabak Covid-19.

Katanya ia sebagai menghargai sumbangan China khususnya kepada Sarawak dan berharap epidemik ini akan berakhir secepat mungkin.

“Saya akan bawa ke kabinet bagaimana kami boleh membantu China dalam isu ini ” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Sambutan Ulang Tahun Ke-41 dan makan malam Tahun Baru Cina Persekutuan Persatuan Cina Kuching, Samarahan dan Serian di sini, semalam.