SIBU: Ahli Parlimen Sibu , Oscar Ling Chai Yew telah merasmikan jambatan di Jalan Hock Lee semalam.

Jambatan ini dinaik tarafkan bagi menyelesaikan masalah banjir yang melanda kawasan tersebut.

Oscar yang ditemui wartawan semalam berkata, “Projek ini merupakan inisiatif Pusat Khidmat saya dalam memberikan keselesaan kepada penduduk setempat di sini.

Projek menaik taraf jambatan ini telah dirasmikan oleh saya setelah menggunakan dana yang diperuntukan untuk saya.”

“Diharapkan dengan jambatan ini yang telah dinaik tarafkan, diharapkan boleh memberikan keselesaan kepada penduduk di sekitar sini, seperti mana yang saya tahu, penduduk ini mempunyai masalah banjir disebabkan struktur jambatan yang lama telah menghalang aliran air yang boleh menyebabkan banjir di kawasan sini,” jelasnya.

Projek menaik taraf jambatan bernilai RM140,000 itu dibina tahun lepas dan baru dirasmikan semalam oleh Oscar sendiri.