KUCHING: Kerajaan Sarawak memberikan sebuah tapak kepada Persekutuan Persatuan Cina Sarawak untuk membina ibu pejabat persatuan tersebut.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pemberian tapak tersebut adalah bagi memenuhi permintaan serta keperluan persekutuan tersebut.

“Persekutuan Persatuan Cina Sarawak bahagian Sarikei telah memberitahu saya bahawa mereka memerlukan tapak untuk mereka membina ibu pejabat. Oleh itu, kami Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberikan tapak tersebut bagi tujuan tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke 41 Persekutuan Persatuan Cina Sarawak di sini, Ahad.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan adanya pemberian ‘Ang Pao’ tersebut, kerjasama di antara mereka dapat ditingkatkan dalam usaha membangunkan ekonomi Sarawak.