KUCHING: Usaha di peringkat akar umbi cawangan dan ranting memainkan peranan besar memperjuangkan usaha Gabungan Parti Sarawak GPS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri PRN akan datang.

Menurut ADUN Pantai Damai Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, adalah menjadi tugas ranting untuk bersiap siaga mendedahkan perjuangan Kerajaan Sarawak kepada segelintir masyarakat yang masih kurang menerima maklumat teperinci mengenai usaha GPS.

Tambahnya, kerajaan GPS dibawah kempimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah banyak menyumbang selain merancang strategi dalam membawa Sarawak ke arah pembangunan mampan.

“Salah satu usaha yang perlu dilipat gandakan ialah untuk memperkenalkan logo GPS kepada semua masyarakat yang ada dalam kawasan kita” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Bengkel Persiapan Jentera Pilihanraya GPS-PBB Cawangan N.4 Pantai Damai di sini, Ahad.

Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti berharap perpaduan dan sokongan yang tidak berbelah bagi akan berkekalan dimana ianya merupakan pemangkin utama mendorong kepada keputusan cemerlang PRN terdahulu