MIRI: Pusat Hidupan Liar Semenggoh telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Pelancongan Dunia 2020 (World Excellence Tourism Awards 2020) dibawah kategori Program Kelestarian Pelancongan yang akan diadakan di Berlin, Jerman bulan hadapan.

Perkara tersebut telah diberitahu oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg pada Majlis Love Hornbills Day 2020 di Piasau Nature Reserve Miri, Sabtu.

Katanya, kejayaan ini membuktikan dunia mengiktiraf Sarawak sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keadaan alam sekitar.

“Ini adalah pengiktirafan dunia. Bukannya Malaysia ajak tok..seluruh dunia!,” ujarnya.

Tambahnya, anugerah ini adalah untuk memberi perhargaan kepada mereka yang telah menyumbang ke arah meningkatkan industri pelancongan negara.

“Mudah-mudahan kelak sidaknya akan menganugerahkan Miri pula, rizab semulajadi sebagai World Nature Reserve,” katanya.