KUCHING: Lelaki kelainan upaya (OKU), Muhd Jaya Bujang berusiaa 55 tahun nyaris menjadi mangsa dalam kebakaran di Kampung Sourabaya Ulu di sini pagi semalam.

Ketika kebakaran, Muhd Jaya yang berseorangan di dalam rumah berjaya keluar dari rumah pusaka berusia 20 tahun itu ketika kejadian.

Abang mangsa, Hepeni Bujang berusia 58 tahun berkata, rumah mereka musnah 100 peratus, malah turut menjejaskan empat lagi rumah berdekatan.

Menurutnya, punca kebakatan dipercayai akibat litar pintas di salah sebuah bilik.

Sementara itu Muhd Jaya memberitahu dia yang tinggal sehelai sepinggang hanya bergerak dalam keadaan menunduk ketika berusaha menyelamatkan diri daripada api.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, bomba menerima panggilan berkaitan kebakaran itu sekitar jam 7.50 pagi.

Seramai 16 anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Padungan bergegas ke lokasi untuk pemadaman kebakaran.

Dalam kenyataanya semalam jurucakap itu menyatakan kebakaran melibatkan lima rumah dengan sebuah rumah terbakar 100 peratus, sebuuh rumah terbakar 80 peratus, sebuah lagi terbakar 40 peratus, menakala dua lagi rumah turut terjejas.

Kesemua 21 penghuni yang terbabit dalam kebakaran itu selamat.

Sesco dan beberapa anggota daripada PDRM turut berada di lokasi kebakaran.