MANADO: Gempa bumi 5.5 pada skala ritcher mengoncang Jailolo, Maluku Utara pada Sabtu, menurut Ketua Bahagian Data dan Informasi BMKG Manado Geophysics Station Edward Henry Mengo seperti dilaporkan Kompas.Com.

Kesan gempa dirasai di wilayah Ternate, Mayau dan jailolo III MMI selain di Bitung dan Manado II MMI.

Dalam kenyataannya dipetik dalam Kompas.Com, Edward menyatakan gempa bumi itu tidak menyebabkan tsunami dan belum ada laporan tentang jumlah kerosakan.

Tinjauan BMKG juga menyatakan kejadian itu tidak menimbulkan suasana panik, namun penduduk dinasihatkan sentiasa bertenang.

Edward juga menasihatkan penduduk agar memeriksa bangunan dan rumah agar tiada kerosakan akibat gegaran gempa bumi yang boleh merosakkan kestabilan bangunan.