KUCHING: Perkhidmatan bas sekolah percuma akan mula beroperasi pada bulan April ini, menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya ketika ditemui media, bas berkenaan sudah mempunyai butirannya dan ia akan diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

“Bas percuma inshaa Allah bulan 4 ini, sekarang ada butirannya dan ia akan diumumkan oleh Datuk Lee Kim Shin,” ujarnya.

Terdahulu Abang Zohari dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Sarawak Kita Empun di Ibu Pejabat PBB disini mendedahkan butiran dan prinsip pelaksanaan bas sekolah percuma sudah disiapkan dan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 4 juta.

“Sudah siap principle nya, akan memberi perbelanjaan lebih kurang sebanyak RM 4 juta dan (dilaksanakan) di Bandaraya Kuching, 2 di Sibu, Bintulu dan Miri.

“Untuk anak-anak sekolah, naik bas free. GPS tanggung dan akan dilaksanakan bulan 4,” katanya.