MIRI: Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk membina ‘Nature Discovery Centre’ yang terletak di Rizab Semulajadi Piasau Miri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pusat ini merupakan ‘One Stop Centre’ yang mempunyai pelbagai kemudahan teknologi untuk memudahkan para pelancong di samping berupaya mengesan pergerakan pengunjung di pusat berkenaan.

“Inilah tarikan yang ada di Miri dengan adanya pembangunan Discovery Centre yang berharga RM30 juta, termasuklah kemudahan teknologi.

“Kerana dengan adanya teknologi ini, mereka juga boleh dikesan ketika melawat ke pusat berkenaan selain mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah dan habitat semulajadi yang ada di Piasau,” katanya ketika berucap pada Majlis Love Hornbills Day 2020, di sini, Sabtu.

Miri mempunyai tiga tarikan utama iaitu Pusat Pemuliharaan Alam Semulajadi, Taman Marin dan khazanah seperti Gua Niah.