BAU: Para pemilik tanah di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di kawasan Tasik Biru diminta bekerjasama dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi mempercepatkan proses penyukatan tanah mereka.

ADUN Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, manakala bagi penduduk yang tidak disukat tanah mereka kerana tiada dalam Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri agar tidak bimbang.

“Pemilik tanah berkenaan boleh memohon kemudian untuk disukat di bawah program pengukuran tanah NCR inisiatif baharu,” katanya.

Berucap ringkas dalam Sesi Dialog Persediaan Untuk Pengukuran Lot Individu bagi Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Kampung Sibuluh, pada Khamis, beliau memberitahu, kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf dan mempertahankan hak rakyat ke atas tanah mereka menerusi pengukuran tanah hak adat bumiputera (NCR).

Sementara itu, Henry menyeru penduduk yang berpendapatan bawah RM3,500 untuk merebut peluang memohon Rumah Spektra Permata di Batu 5, Jalan kampung Sibuluh yang akan dilancarkan pada 15 Februari ini.

Beliau turut menghadiri taklimat sama di Kampung Grogo sebelum itu