BA’KELALAN: Disebabkan ketiadaan peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji  Johari Tun Openg telah bersetuju memberikan peruntukkan pembangunan kepada setiap Ahli Parlimen GPS.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata atas sebab itu pada hari ini beliau turun dan melawat masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan ini seperti yang pernah dijanjikan suatu ketika dahulu.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk mendengar dan menerima maklumat di lapangan selain mengumumkan projek-projek yang bakal dilaksanakan di dalam masa terdekat ini termasuk ‘New Water Treatment Plant Altinatif’ (SAWAS) di bawah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sukang, Long Remirang pembinaan baru dewan, gelanggang sukan dan naik taraf jalan simpang ke Kampung Long Sukang.

“Tender pula dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mac ini dan semua peruntukan ini datangnya daripada Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Lawatan Kerja Ahli Parlimen Lawas Ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakelalan di Central Long Sukang pada Selasa.

Pada majlis itu, Dato Henry mengingatkan kepada setiap kampung untuk menghantar akaun Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing supaya peruntukkan RM10,000 dapat disalurkan nanti.

Tambah Dato Henry lagi, Kerajaan Sarawak sememangnya Kerajaan Sarawak tidak pernah mengabaikan keperluan pembangunan di kawasan luar bandar khususnya di kawasan DUN Ba’kelalan.

“Untuk itu, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan tiga agensi di bawah RECODA termasuk Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) khasnya untuk Bahagian Limbang.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Jo juga telah mengumumkan peruntukan RM9.891 bilion pada Bajet 2020, di mana sebahagian besarnya ialah untuk pengurusan pembangunan di kawasan luar bandar,” tambahnya.