KUCHING: Penduduk dari tiga kampung iaitu Kampung Panglima Seman Lama, Kampung Semarang dan Kampung Pulo Ulu akan menjadi antara penduduk pertama dipindahkan ke penempatan semula perumahan Darul Hana mulai suku ketiga tahun ini.

Menjelas lanjut perkara itu, Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pemindahan untuk fasa pertama itu akan melibatkan 573 rumah.

Bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Pusat Pemuliaan al-Quran Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana Kuching, belliau berkata, pemindahan penduduk secara berperingkat-peringkat itu akan melibatkan tempoh masa satu atau bulan.

Keseluruhannya, dianggarkan sebanyak 2,649 ketua isi rumah dari 12 kampung dalam kawasan Seberang Hilir akan terlibat dalam penempatan semula penduduk itu, yang dilaksanakan secara berfasa.

Selesai pemidahan fasa pertama, ia akan diikuti kampung-kampung lain yang dijangka memakan masa sepuluh tahun untuk pemindahan sepenuhnya.

Katanya, dengan lengkapnya penempatan itu kelak, Masjid Darul Hana akan dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Jelasnya, bukan sahaja untuk solat loma waktu, tetapi juga tempat untuk majlis perkahwinan dan sebagainya.