BINTANGOR: Kerajaan Sarawak akan membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat di negeri ini melalui pelaksaan projek-projek dan pelbagai inisiatif lain.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Dan UKAS merangkap ADUN Semop, Abdullah Saidol, kerajaan negeri tidak bercakap ‘kosong’ sebaliknya bekerja keras untuk rakyat Sarawak.

“Wakil rakyat dari kerajaan negeri yang tidak mahu menabur janji-janji semata-mata untuk meraih sokongan, tetapi akan membuktikan kesungguhan membantu rakyat,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 di Sungai Sian pada Khamis.

Sementara itu, beliau berharap projek Jalan Sian akan mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk disambung ke Jalan Tanjung Manis.

Jelasnya, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan membuat lawatan ke Sungai Sian dengan pelaksanaan Agro Park Sungai Sian.

“Feri Ram di Sungai Sian, Bintangor juga dalam proses naik taraf dan dijangka siap pada pertengahan atau penghujung tahun ini,” ujarnya.