TIADANYA sebarang laporan wabak koronavirus atau Covid-19 merebak ke Indonesia menjadi persoalan, walaupun sudah banyak negara disahkan dilanda virus itu sejak mula tersebar dari Wuhan, China pada akhir 2019.

Memetik Kompas, dengan status negatif, masyarakat mula mempersoalkan sama ada negara itu mampu mengesan kehadiran virus tersebut.

Prof. Herawati Supolo Sudoyo dari Institut Eijkman berkata, keupayaan peralatan perubatan di negara itu untuk mengesan virus tersebut sudah digunakan sejak Januari lalu.

Herawati memberitahu bahawa kaedah pengesanan Covid-19 oleh makmal di negara itu selaras dengan prosedur operasi standart Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seperti juga di negara lain jelas Herawati, setiap sampel darah yang disyaki Covid-19 akan dihantar ke makmal untuk diuji.

Katanya, Indonesia memerlukan sekurang-kurangnya dua hari atau lebih untuk mendapatkan keputusan sampel darah tersebut sama ada positif Covid-19 ataupun sebaliknya.

Kaedah tersebut ujarnya lagi telah dipraktikkan sejak 2017, terutama di Institut Eijiman.

Langkah ujian atau pengesanan ini telah dilakukan oleh Indonesia sejak tahun 2015, khususnya di Institut Eijkman itu sendiri.