SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew hari ini telah mengagihkan majalah sains kepada sekolah-sekolah di kawasan Parlimen nya.

SJK Methodist (M) Sibu menjadi sekolah pertama untuk pengagihan majalah ini dan akan diteruskan di sekolah-sekolah lain kelak.

Oscar yang ditemui wartawan tadi berkata, “Ini merupakan inisiatif Pusat Khidmatnya pada tahun ini dan Kerajaan untuk menggalakkan pelajar-pelajar kita lebih minat dalam bidang sains.”

“Ini juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan Revolusi Industri 4.0 , dan sebagai salah satu inisiatif saya ialah menjadikan pengagihan majalah ini sebagai salah satu galakan saya kepada pelajar untuk minat dalam bidang sains,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Sibu itu, “SJK Methodist merupakan sekolah pertama, dan sekolah ini mempunyai dua aliran iaitu aliran cina dan aliran kebangsaan. Jadi , majalah ini mempunyai dua Bahasa iaitu Bahasa cina dan inggeris, Bahasa inggeris akan diagihkan kepada aliran Kebangsaan, dan Bahasa cina untuk aliran cina. Buku ini mempunyai tiga peringkat , dan setiap kelas dan setiap sekolah di kawasan saya akan dapat satu majalah.”

“ Dengan pengagihan majalah ini , diharapkan usaha ini dapat membantu pelajar agar lebih minat dalam sains,” ujarnya .

Wartawan bertanya, berapa banyakkah majalah ini yang akan diedarkan di Parlimen Sibu?

Jelas Oscar lagi, “Yang akan diedarkan 24 Sekolah Jenis Kebangsaan ( C) dan 11 Sekolah Kebangsaan di Parlimen Sibu. Mungkin ada sekolah ini berada di kawasan pendalaman, jadi kita mungkin tidak dapat hantar, tetapi mereka boleh hubungi saya, adan saya akan usaha untuk hantar.”

Turut hadir, Guru Besar SJK Methodist Sibu, Chua Eng Chioh.