KUCHING: Berikutan kes pelucutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr. Ting Tiong Choon, nasib penduduk di daerah berkenaan menjadi taruhan.

Namun begitu, Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting mendedahkan bahawa penduduk Pujut tidak perlu risau kerana mereka akan sentiasa dibantu walaupun berlainan latar belakang politik.

“Mereka akan sentiasa dialu-alukan meskipun berlainan latar belakang politik terutama sekali dalam perkara berkaitan pembangunan dan penambahbaikan di kawasan mereka; itu adalah tugas sebagai seorang ketua,” katanya ketika disoal pemberita selepas menghadiri Majlis Pemeteraian Perjanjian di antara Petroleum Sarawak (PETROS) dan Petrolian Nasional Berhad (PETRONAS) di Hotel Hilton, semalam.