SIMUNJAN: Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun telah ditahan polis kerana memaksa seorang pelajar perempuan melakukan hubungan seks.

Ketua Polis Daerah Simunjan, Supritenden Merbin Lisa berkata, mangsa berusia 16 tahun itu merupakan seorang pelajar sekolah di daerah itu dipaksa melakukan hubungan seks oleh kenalan lelaki yang baru sahaja dikenali.

Katanya, sebelum kejadian ini, mangsa telah mengenali saspek selama satu minggu dengan berhubung melalui telefon milik rakan mangsa yang merupakan sepupu kepada saspek.

Jelas Merbin, pada 1 Februari, mangsa berada di rumah rakannya di kawasan Simunjan pada jam 7.00 malam hingga ke tengah malam.

Beliau turut berkata, ekoran tiada kenderaan untuk pulang ke rumah nenek mangsa di kampung berhampiran, rakan mangsa telah menghubungi sepupunya untuk menghantar mangsa pulang.

“Dalam perjalanan pulang, mangsa telah diajak oleh suspek untuk tidur dirumahnya dikawasan Simunjan.

“Mangsa dan suspek tidur di ruang tamu rumah suspek dan ketika itu mangsa telah diajak oleh suspek untuk melakukan hubungan seks tetapi mangsa menolak sehingga suspek memaksa mangsa,” ujarnya.

Merbin berkata, suspek ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada satu serbuan pada jam 11.00 malam Selasa lalu.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan,” tegasnya.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Serian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.

Hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyak pada alat kemaluan mangsa dan ditahan di wad Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.