KUCHING: Tasik Empangan Hidro Bakun berpotensi menjadi sebuah pusat kegiatan air di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, empangan bakun akan memainkan peranan yang lebih besar selain untuk penjanaan kuasa elektrik.

Menurut beliau, dengan keluasan 675 km persegi dan merupakan salah satu takungan terbesar di Sarawak, prospek membangunkan Tasik Bakun untuk pelayaran, luncur angin, taman hiburan dan tama mungkin boleh jadi kenyataan.

Memetik laporan berita tempatan, beliau yang juga merupakan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata, empangan Bakun Bakun merupakan aset penting bagi kerajaan Sarawak dan menjadi daya tarikan pelancong.

Sehubungan itu, kerajaan perlu melihat penentuan kawasan menjadi kawasan yang terhad dan diselia sebagai tapak pelancongan.

Tambahnya, selain pembangunan infrastruktur seperti jeti dan kemudahan perancangan perlu mengambil kira aspek alam sekitar dan kelestarian yang mampan untuk ia menjadi pembangunan pelancongan yang inklusif.

Oleh itu katanya, pembangunan akan dibahagikan kepada fasa-fasa yang lebih kecil dan membolehkan masa untuk membina kapasiti masyarakat yang tinggal di sekitar tasik serta membantu mereka mengambil bahagian dalam rantaian pelancongan.

Untuk tujuan itu, beliau berkata Pelayaran Tasik Bakun dan Rowing Club akan ditubuhkan tidak lama lagi.