PONTIANAK: Seorang gadis berusia 14 yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia kini berada di Kuching, Sarawak.

Memetik Pontianak Post, mangsa yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat itu kini dikatakan sedang mendapatkan rawatan selepas melahirkan anak di salah sebuah hospital di Kuching.

Akhbar itu turut menjelaskan bahawa mangsa selamat melahirkan bayi lelaki, namun tidak dapat dipastikan sama bayi itu hasil perkahwinan yang sah ataupun sebaliknya.

Ketua Bahagian Perlindungan untuk Pelayanan, Penempatan dan Perlindungan Pekerja Indonesia (Kasi Perlindungan BP3TKI) Pontianak Andi Kusuma Irfandi telah mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, mangsa telah melahirkan bayi lelaki pada 11 Februari lalu (Selasa).

Jelasnya lagi, mangsa akan akan dihantar pulang oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kuching melalui Entikong, Kabupaten Sanggau.