PRESIDEN Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman meminta barisan barisan skuad Piala Presiden Kuching FA meningkatkan prestasi masing-masing sepanjang musim ini.

“Kita tidak ada sasaran tinggi untuk pasukan ini, namun kita mahu melihat peningkatan prestasi pemain. “Tahun depan barulah kita buat sasaran. Yang pasti, pemain yang menunjukkan potensi hebat akan dinaikkan pangkat, ke skuad utama musim depan,” kata Fazzrudin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Kuching FA di Hotel Merdeka Palace malam semalam. Skuad Piala Presiden dikendalikan oleh bekas pemain Sarawak, Firdaus Morshidi selaku ketua jurulatih.

Beliau dibantu oleh dua lagi bekas pemain Sarawak, Nizam Mahmud dan Zulkarnaein Poasa. Skuad tersebut dibarisi 25 pemain dari seluruh Sarawak. Mereka ialah Ericson Lichu, Shafiq Aqimie Shamsul, Muhammad Azim Fikri Ismail, Azzam Marzuk Saffriy, Azuanie Jasman, Mohamad Faezwan Ashwandie Ahmad, Mohd Alauddin Farid Atan, Diego Baggio Test, Abang Mohd Haiqal Abang Mohammad Za’afari dan Amirrul Iqmal Bolhi.

Turut serta ialah Mohammad Syukri Madeli, Zulikhsan Salleh, Mohamad Nur Raziman Razali, Amir Amri Salleh, Muhammad Haiqall Yusfarizall Hanafi, Daineleffino Aiho, Atif Irsyad Iskandar, Muhammad Zaim Maslan, Azrullah Hizami Rosandi dan Chong Ka Hui. Manakala lima lagi pemain ialah Haziq Rahimi Iskandar, Qaaiman Rizoi Jofri, Mohammad Irfan Syahmi Abdullah, Nur Ariff Azman dan Wan Badzreen Wan Yusuf. Kuching FA akan menentang Sarawak United FC III dalam aksi buka tirai pada 24 Februari ini.