GENEVA: Pengarah Jenderal WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan di Geneva nama khusus bagi koronavirus ialah Covid-19.

Nama itu menurut beliau dipilih bagi menghindari stigma terhadap ras tertentu, lokasi geografi, atau spesies haiwan.

Covid-19 merupakan singkatan daripada ‘co’ yang bermaksud virus corona, ‘vi’ untuk virus, dan ‘d’ Ialah penyakit (disease).

WHO sebelum ini memberi nama sementara virus tersebut sebagai 2019-nCoV.

Hingga Rabu Covid-19 membunuh 1,113 orang, dengan mereka yang positif dijangkiti ialah 44,852 orang dan dapat dipulihkan ialah 4,536.