MIRI: Hospital Miri melaksanakan kawalan ke atas pelawat yang memasuki aras satu, berkuat kuasa hari ini sebagai langkah berjaga-jaga susulan pengurusan pengesanan kes yang disyaki (PUI) novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

Pengurusan Hospital Miri menerusi satu notis memaklumkan, bahawa hanya pelawat yang memegang pas pelawat sahaja dibenarkan memasuki kawasan tersebut semasa waktu melawat rasmi.

“Manakala kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan itu. Arahan ini berkuat kuasa serta-merta hari ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam diminta memberikan kerjasama dan mematuhi arahan pengawal keselamatan bagi menggelakkan sebarang kesulitan.

Difahamkan, aras satu menempatkan wad pesakit lelaki dan wanita, wad bersalin selain bilik pembedahan.