KUALA LUMPUR: Lebuh raya bukan tempat untuk berlumba atau memandu secara tidak berdisiplin.

Video kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar dari kereta dan tercampak di lorong kanan Lebu hraya PLUS selepas kereta dipandu bapanya kini tular.

Ini membayangkan bukan sahaja sifat tidak berdisiplin sesetengah pemandu di lebuh raya dan jalan raya di negara ini, tetapi juga perlunya pemandu mengunci pintu kereta mereka ketika berada di atas jalan raya.

Rakaman video berdurasi selama 59 saat dipercayai dirakam pengguna lebuh raya berkenaan.

Menerusi rakaman itu, pemandu dua kereta itu kelihatan berlumba dan menukar lorong sesuka hati sebelum kemalangan menyebabkan kanak-kanak itu tercampak.

Pemandu  lori didapati mendapatkan mangsa yang terhumban ke jalan raya.

Kemalangan berlaku di Kilometer 235.5 Lebuh raya PLUS Ayer Keroh-Senawang arah utara dekat Seremban pada 3.21 petang kelmarin. 

“Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta Honda Civic hilang kawalan lalu terlanggar penghadang besi tengah lebuh raya dan terlanggar bahagian belakang kereta Perodua Myvi di lorong tengah,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir seperti dipetik Harian Metro.

“Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic telah tercampak keluar dari kereta dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya,” katanya.