GENEVA: Sehingga pagi Rabu, Covid-19 sudah mengorbankan 1,113 jiwa, dengan mereka yang dapat dipulihkan sepenuhnya seramai 4,536.

Angka besar infeksi Cobid-19 ini melibatkan mangsa jangkitan di wilayah Huwei, China.

Sementara itu, seramai 44,852 dikesan positif Covid-19 dengan 20 peratus atau 8,242 orang berada dalam kritikal dan 79 peratus atau 30,961 berada pada separa krtikal.

Pengarah Jenderal WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus baharu sahaja mengumumkan di Geneva nama baharu bagi koronavirus ini sebagai Covid-19.

Nama itu menurut beliau dipilih bagi menghindari stigma terhadap ras tertentu, lokasi geografi, atau spesies haiwan.

Sebelum ini, WHO memberi nama sementara virus tersebut sebagai 2019-nCoV.