JAKARTA: Seorang remaja lelaki cedera teruk di lehernya selepas dicucuk seekor ikan todak.

Ikan itu di katakan melompat dari air lalu mencucuk leher remaja itu menyebabkannya terjatuh ke sungai dan hampir menyebabkannya lemas.

Insiden ini berlaku ketika Muhammad Idul, 16, dan rakannya Sari memancing ikan di Buton, Sulawesi Timur.

Ikan itu melompat naik ketika Sari memasang lampu suluhnya dan terus menyerang Mohammad.

Selepas muncungnya tersangkut di leher ramaja itu ia masih bergerak dan Mohammad sempat memegangnya bagi mengelak lukanya menjadi lebih teruk.

Dia dan Sari kemudian berenang 500 meter ke pantai dan berlari dengan pantas ke kampung mereka di Selatan Buton.

Sebaik sahaja ayah Mohammad melihat keadaan anaknya, dia terus dikejarkan ke hospital, sejam setengah dari perkampungan mereka.

Doktor di hospital itu memotong badan ikan tersebut.