TOKYO: Seorang posmen berusia 61 tahun ditangkap polis di Yokohama kerana tidak menghantar 24,000 keping surat.

Sejak 2003, dia dikatakan menyimpan semua surat itu dan tidak menyerahkan kepada penerima surat.

Pegawai di Jabatan Pos Jepun merasakan pekerja itu berkelakuan pelik dan dia dibuang kerja.

Ribuan surat dan bungkusan kemudiannya ditemui di rumahnya. Lelaki terbabit memberitahu kerjanya sebagai posmen menyusahkan hidupnya.

Namun dia tidak mahu teman sekerjanya yang kebanyakannya masih muda menganggapnya tidak kuat, berikutan itu dia menyembunyikan surat terbabit.

Pihak pengurusan Pejabat Pos memberitahu mereka berbincang dengan polis berkaitan kes lelaki itu dan meminta maaf kepada semua penghantar dan penerima surat teerbabit ketika menghantar surat terbengkalai itu ke rumah penerima.

Lelaki itu mengaku kesalahannya dan mungkin dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.