KIV: Seorang wanita di Rusia menjadi perhatian pihak media selepas menjadi tebusan kepada kucing peliharaannya dua hari.

Perkara sebegini amat jarang berlaku dan sukar dipercayai, namun ia benar-benar berlaku. Wanita itu dikatakan terpaksa bermalam di dapurnya selepas kucingnya tidak membenarkannya meninggalkan dapur tersebut.

Haiwan itu tiba-tiba berubah agresif dan cuba menyerangnya setiap kali dia cuba meninggalkan bilik tersebut.

Laporan dari laman web Pusat Perlindungan Haiwan Arkhangelsk, Rusia yang menyelamatkan wanita itu memberitahu salah seorang jiran melihat wanita itu memberi isyarat meminta tolong dari tingkap dapur pangsapurinya yang setinggi tiga tingkat.

Jiran tersebut membuat laporan polis sebaik sahaja mengetahui puncanya menghubungi pusat perlindungan haiwan.

Pihak polis dan kakitangan pusat perlindungan terpaksa menggunakan tingkap untuk masuk ke rumah wanita itu kerana pintu hadapan rumah berkunci.