Jumlah kematian di wilayah Hubei China akibat wabak koronavirus semakin meningkat.

Ia bertambah daripada 81 kepada 780 orang pada hari Sabtu.

Menurut suruhanjaya kesihatan wilayah itu dalam satu kenyataan di laman webnya pada pagi Ahad seperti dipetik agensi berita Reuters, sebanyak 2,147 kes dikesan di Hubei, pusat penyebaran wabak berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di wilayah itu meningkat kepada 27,100 kes.

“Ini menjadikan angka kematian di tanah besar China meningkat kepada 803 orang manakala Hong Kong dan Filipina masing-masing melaporkan satu kematian,” kata Reuters lagi.