Peningkatan mendadak harga bawang merah telah memaksa pengguna di negara ini membeli bahan ramuan masakan dengan harga yang tidak terkawal. Ini kerana bawang merah dan bawang putih adalah termasuk bawang besar adalah bahan penting dalam masakan Malaysia.

Mengapa isu harga bawang merah meningkat begitu tiba-tiba? Ia dikaitkan dengan proses import dan permintaan yang tinggi dan bekalan yang rendah. Kesukaran mendapatkan bekalan bawang merah di negara ini, menyebabkan harga berlipat ganda dan perlu ditangani segera.

Orang ramai terus mengadu terhadap kenaikan mendadak harga bawang merah India sejak beberapa minggu lalu, memandangkan bekalan telah berkurangan.

Pemborong dan peruncit tidak mempunyai pilihan dan perlu menaikkan harga, kerana mereka juga perlu membeli bekalan dengan harga yang tinggi.

Peningkatan harga bawang di negara ini disebabkan kekurangan bekalan menyebabkan segelintir peruncit menaikkan harga bawang India mencecah sehingga RM30 dan menjual RM10 tetapi dalam bentuk pek.

Sebelum ini, pengguna di beberapa negeri mengadu bahawa purata harga bawang India sebanyak RM4 sekilogram kini RM16 sekilogram.

Kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk terus memantau kenaikan harga yang tidak munasabah ini supaya peniaga tidak akan menaikkan harga bawang tanpa kawalan.

Kami juga mengesyorkan bahan-bahan seperti bawang India dan bahan-bahan yang diimport ke dalam masakan Malaysia yang boleh ditanam di negara ini terutamanya di Sarawak kerana Sarawak mempunyai kawasan tanah yang besar dan, jika sesuai, memberi manfaat kepada rakyat Sarawak dan negeri-negeri lain terus bergantung kepada negara-negara asing sekiranya kekurangan bahan tersebut.

Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan ia akan mendapat perhatian pihak berkuasa supaya pengguna tidak terbeban dengan masalah ini berterusan.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak